Friday, 18 March 2011

Superbike idaman semua lelaki~

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Sekarang, kalau lepak di mana2 pun, salah satu isu yang hangat dibualkan oleh kaum adam ialah isu superbike, selain daripada isu bola sepak.. Yelah, siapa yang tak nak pakai superbike? Memang menjadi kegilaan ramai lelaki kepada superbike pada masa kini.. Kalau kita lihat di KL sekarang memang dah menjadi trend membawa superbike.. Sebab boleh menyelit time traffic jam plus bergaya gitu.. Sakit mata tengok motor2 besar ini, yelah aku nak pakai buat masa sekarang memang tak mampu lah.. In the future, insyaAllah~

Kenapa lah kaum lelaki ini minat sangat dengan superbike? Ini antara sebab2 yang aku rasakan..

  1. Mengikut trend masa kini, bak kata pakcik Perilly's "gaya itu keunggulan".. Memang nampak cool lah kan kalau bawak superbike, even bila hujan tetap akan basah tapi gaya itu lebih penting kan.. Hahaha~
  2. Kalau naik superbike ini, cuba korang bawak slow2 sebelah awek yang tengah jalan, konfom diorang usha korang tanpa dipaksa.. Bukan setakat awek je tengok, mak orang dan pondan pun akan usha korang sekali.
  3. Inginkan kepuasan bawak superbike yang sudah semestinya laju.. Lagi2 dekat highway, memang berdesup lah.. Setakat kereta vios ke myvi, memang makan asap je lah.
  4. Nampak kaya sebab superbike ini bukan murah2 beb.. Paling kurang RM 40 ribu ke atas, itu pun second hand kot.. Harga sebiji superbike kadang2 lagi mahal dari sebuah kereta.


Superbike ini ada mcm2 design.. Aku lebih prefer naked bike macam KTM Duke ke.. Nampak ganas & sexy tu.. =)  Banyak pengeluar motor superbike di dunia macam Honda, BMW, Ducatti, Yamaha, KTM, kawasaki & macam2 lah..

Sini aku nak kongsi gambar2 superbike yang boleh buat air liur anda meleleh.. Hahaha~

Yamaha R1~

KTM Duke~
BMW R32~
Kawasaki Ninja~
Honda CB 1000R~
KTM 1190 RC8R~
Superbike ini banyak cc, ada yang 250cc.. Ada yang 500cc dan 1000cc.. Aku pun tak tau sangat, yang penting lagi besar cc or kuasa motor tu, lagi laju lah motor korang.. Laju macam mana pun, safety kena jaga beb.. "Tunggang dengan cermat, ingatlah insan tersayang"..

Future superbike Ferrari memang terbaik lah~
Ini colour kuning lak.. cun~
Dah macam enjin kereta dah.. Hahaha~
Future superbike from vectrix~
Aku harap one day nanti, aku pun boleh beli superbike macam di atas ini.. Amin~

Okay lah, semoga jumpa lagi.. Bye~

Ini tetap menjadi pujaan hati mat2 rempit sebab efisien.. Jimat minyak.. Hahaha~


1 comment: