Friday 8 April 2011

Haikal Qayyum 2.4.2011~

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Terasa sungguh lama aku tak menaip di blog aku ini.. Mungkin disebabkan kesibukan kerja seharian di office.. Tapi apakan daya, kerja itu lebih penting.. Betul tak? Sekarang ini pun aku berada di Alor Setar, Kedah.. Outstation melawat estet-estet di Utara ini.. Minggu depan ada bengkel di Port Dickson pulak.. Then jumaat depan kena bagi briefing pasal ses kepada FELCRA..

Eh, dah melalut pulak.. Sebenarnya aku nak berkongsi kegembiraan aku & keluarga aku menerima ahli baru dalam keluarga kami.. Bukan anak aku ye, tapi anak abang & kakak ipar aku yang berada di Sabah.. Jauh kan, so dapat tengok gambar saja lah.. Sob3x..

Nama cute baby ini ialah Haikal Qayyum bin Nasrul Fadhrullah, selamat dilahirkan di Sabah Medical Centre pada 2 April 2011, jam 12.33 pm.. Alhamdulillah.. Aku memang excited dapat anak buah baru ini.. Before ini ada Qistina saja, but now aku ada Qistina & Haikal.. Sayang kamu berdua!

Sini aku nak kenalkan kepada korang semua anak buah aku yang kedua, Haikal Qayyum.. So ini beberapa gambar yang abang aku mms kat aku.. Comel macam Pak Alang dia gak.. Hahaha~

Pecah lelangit dengan kurma Mekah~
Amboi2, Qistina manja dengan nenek dia..
Pasni dah jadi kakak, takleh manja2 dah~
Eh, jeling2 kat Pak Alang ke Haikal? Tak sabar nak hug & kiss dia~
Peace from Qistina.. Seluar belang2 trademark.. Hahaha~
Kakak Qistina sayang Haikal ek.. Muaaahhh~
Itu saja gambar2 yang boleh aku kongsikan dengan korang.. Nanti kalau ada gambar lain abang aku mms, aku post lagi ye.. Seriously aku tak sabar nak jumpa anak2 buah aku.. InsyaAllah, kita jumpa raya nanti ye sayang.. Pak Alang doakan kamu semua sihat & akan jadi orang yang baik2 bila dah besar nanti.. I love both of you!

Okay lah semua, gembira dapat jugak aku menulis pagi2 buta ini.. Jam 1.19 am sudah, esok mahu pulang ke KL.. Harap2 perjalanan aku lancar & selamat.. Bye2~   =)