Friday 1 February 2013

Setahun Sudah..

Setahun sudah masa berlalu..
Setahun sudah aku tak menyinggah blog ini..
Setahun sudah aku sudah bekerja di kampung halaman..

Semakin hari, semakin kompleks kehidupanku..
Semakin hari, semakin diriku sibuk dengan kerjayaku..
Semakin hari, semakin banyak yang ku pelajari..

Indahnya kehidupan yang diberi wahai Penciptaku..
Masa yang berlalu banyak mematangkan diriku ini..
Umur pun semakin meningkat..

Huhhhh.. Keluh pun siapa yang tahu???
Hanya Maha Esa yang Maha Mengetahui segalanya..

Sunday 5 February 2012

Malaysia vs Bahrain @ Man Utd vs Chelsea? Mana satu nak tgk ni?

5 Feb 2012, Jam 11.15 pm di TV1 & Arena

 OR??
5 Feb 2012, Jam 12.00 pm di Astro Super Sport
Dua2 game best.. Kalau gi lepak tgk kat kedai mamak sure berebut channel punya.. Hahaha.. Yelah sure ramai nak tgk game Malaysia vs Bahrain jam 11.15 pm.. Pastu penyokong Man Utd mcm aku ni & penyokong Chelsea yg tak best mesti dalam dilema.. Sebab game Man Utd vs Chelsea jam 12.00 am pulok.. So ikut je lah hang mamak oit.. Aku layan je.. Hahaha.. Jangan gaduh2 sudah, tgk bola secara aman amalan kita semua..Laungan skali!!! Go Harimau Malaya & Go Man Utd!!!!!!!

Friday 30 December 2011

Apa khabar semua?

YaAllah.. Memang terasa lama sangat tak menaip di blog aku ni.. Macam2 aku nak kongsi cerita dgn korang semua.. Nanti2 lah okay? Sekarang aku dah kerja di Taiping, Perak.. Tempat kelahiranku.. Alhamdulillah, dapat gak aku merasa untuk bekerja di kampung halaman sendiri.. Bukan senang nak dapat peluang macam ni, so kena lah bekerja bersungguh2.. Buat yang terbaik untuk buktikan pada bos2 yang kita boleh menjadi yang terbaik.. Dalam apa jua benda yang kita buat pun, kita kena buat yang terbaik.. Hahaha, ntah apa lah aku nak merepek kan? InsyaAllah aku nak aktif balik menulis, walaupun pada hakikatnya aku memang sgt sibuk dengan kerja aku.. Balik rumah je, dah penat.. Takpe lah aku cuba ok.. Caiyoouukkk! =)

Friday 8 April 2011

Haikal Qayyum 2.4.2011~

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Terasa sungguh lama aku tak menaip di blog aku ini.. Mungkin disebabkan kesibukan kerja seharian di office.. Tapi apakan daya, kerja itu lebih penting.. Betul tak? Sekarang ini pun aku berada di Alor Setar, Kedah.. Outstation melawat estet-estet di Utara ini.. Minggu depan ada bengkel di Port Dickson pulak.. Then jumaat depan kena bagi briefing pasal ses kepada FELCRA..

Eh, dah melalut pulak.. Sebenarnya aku nak berkongsi kegembiraan aku & keluarga aku menerima ahli baru dalam keluarga kami.. Bukan anak aku ye, tapi anak abang & kakak ipar aku yang berada di Sabah.. Jauh kan, so dapat tengok gambar saja lah.. Sob3x..

Nama cute baby ini ialah Haikal Qayyum bin Nasrul Fadhrullah, selamat dilahirkan di Sabah Medical Centre pada 2 April 2011, jam 12.33 pm.. Alhamdulillah.. Aku memang excited dapat anak buah baru ini.. Before ini ada Qistina saja, but now aku ada Qistina & Haikal.. Sayang kamu berdua!

Sini aku nak kenalkan kepada korang semua anak buah aku yang kedua, Haikal Qayyum.. So ini beberapa gambar yang abang aku mms kat aku.. Comel macam Pak Alang dia gak.. Hahaha~

Pecah lelangit dengan kurma Mekah~
Amboi2, Qistina manja dengan nenek dia..
Pasni dah jadi kakak, takleh manja2 dah~
Eh, jeling2 kat Pak Alang ke Haikal? Tak sabar nak hug & kiss dia~
Peace from Qistina.. Seluar belang2 trademark.. Hahaha~
Kakak Qistina sayang Haikal ek.. Muaaahhh~
Itu saja gambar2 yang boleh aku kongsikan dengan korang.. Nanti kalau ada gambar lain abang aku mms, aku post lagi ye.. Seriously aku tak sabar nak jumpa anak2 buah aku.. InsyaAllah, kita jumpa raya nanti ye sayang.. Pak Alang doakan kamu semua sihat & akan jadi orang yang baik2 bila dah besar nanti.. I love both of you!

Okay lah semua, gembira dapat jugak aku menulis pagi2 buta ini.. Jam 1.19 am sudah, esok mahu pulang ke KL.. Harap2 perjalanan aku lancar & selamat.. Bye2~   =)









Friday 18 March 2011

Superbike idaman semua lelaki~

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Sekarang, kalau lepak di mana2 pun, salah satu isu yang hangat dibualkan oleh kaum adam ialah isu superbike, selain daripada isu bola sepak.. Yelah, siapa yang tak nak pakai superbike? Memang menjadi kegilaan ramai lelaki kepada superbike pada masa kini.. Kalau kita lihat di KL sekarang memang dah menjadi trend membawa superbike.. Sebab boleh menyelit time traffic jam plus bergaya gitu.. Sakit mata tengok motor2 besar ini, yelah aku nak pakai buat masa sekarang memang tak mampu lah.. In the future, insyaAllah~

Kenapa lah kaum lelaki ini minat sangat dengan superbike? Ini antara sebab2 yang aku rasakan..

  1. Mengikut trend masa kini, bak kata pakcik Perilly's "gaya itu keunggulan".. Memang nampak cool lah kan kalau bawak superbike, even bila hujan tetap akan basah tapi gaya itu lebih penting kan.. Hahaha~
  2. Kalau naik superbike ini, cuba korang bawak slow2 sebelah awek yang tengah jalan, konfom diorang usha korang tanpa dipaksa.. Bukan setakat awek je tengok, mak orang dan pondan pun akan usha korang sekali.
  3. Inginkan kepuasan bawak superbike yang sudah semestinya laju.. Lagi2 dekat highway, memang berdesup lah.. Setakat kereta vios ke myvi, memang makan asap je lah.
  4. Nampak kaya sebab superbike ini bukan murah2 beb.. Paling kurang RM 40 ribu ke atas, itu pun second hand kot.. Harga sebiji superbike kadang2 lagi mahal dari sebuah kereta.


Superbike ini ada mcm2 design.. Aku lebih prefer naked bike macam KTM Duke ke.. Nampak ganas & sexy tu.. =)  Banyak pengeluar motor superbike di dunia macam Honda, BMW, Ducatti, Yamaha, KTM, kawasaki & macam2 lah..

Sini aku nak kongsi gambar2 superbike yang boleh buat air liur anda meleleh.. Hahaha~

Yamaha R1~

KTM Duke~
BMW R32~
Kawasaki Ninja~
Honda CB 1000R~
KTM 1190 RC8R~
Superbike ini banyak cc, ada yang 250cc.. Ada yang 500cc dan 1000cc.. Aku pun tak tau sangat, yang penting lagi besar cc or kuasa motor tu, lagi laju lah motor korang.. Laju macam mana pun, safety kena jaga beb.. "Tunggang dengan cermat, ingatlah insan tersayang"..

Future superbike Ferrari memang terbaik lah~
Ini colour kuning lak.. cun~
Dah macam enjin kereta dah.. Hahaha~
Future superbike from vectrix~
Aku harap one day nanti, aku pun boleh beli superbike macam di atas ini.. Amin~

Okay lah, semoga jumpa lagi.. Bye~

Ini tetap menjadi pujaan hati mat2 rempit sebab efisien.. Jimat minyak.. Hahaha~


Wednesday 16 March 2011

Pengalaman Bekerja di Hulu Kelantan~

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..
Peta kedudukan Dabong di Kelantan~

Teringat aku pada zaman bekerja di estet suatu ketika dahulu.. Kuala Gris? Dabong? Korang tahu ke kat mana tu? Hahaha.. Kebanyakan orang yang aku tanya, memang tak tahu.. Mana tak tahunya memang hulu kot, Kuala Gris terletak di daerah Dabong, jajahan Kuala Krai, Kelantan.. Tengok sendiri kat peta sebelah ini..

Untuk pengetahuan korang, after aku habis study kat UPM Kampus Bintulu, Sarawak pada Mei 2008, aku terus cari kerja.. Aku sempat menganggur sebulan lebih je.. Bulan Jun 2008 aku dapat kerja dengan company Kuala Lumpur Kepong Berhad, as Assistant Manager.. Tapi aku memang bersyukur denganNya, aku dimurahkan rezeki untuk senang dapat kerja.. Alhamdulillah..

Okay, kembali pada cerita tadi.. Aku pun bertekad untuk bekerja dengan baik dan rajin.. Semangat baru lah katakan.. Even dalam interview, interviewer tanya aku sanggup bekerja di Kelantan ke tak? Aku pun dengan bangga menjawab saya sanggup.. Ambik ko, memang company posting aku kat Kelantan lah, Hulu Kelantan lagi.. Hahaha.. =P

Aku bertolak ke Dabong dengan menaiki keretapi KTMB bertolak dari KL.. Perjalanan KL ke Dabong mengambil masa lebih kurang 12 jam, bertolak jam 8 malam & sampai jam 8 pagi keesokan harinya.. Adventure tak? Hahaha.. Memang sabor je lah..

Keadaan sleeping coach, Wau Express, KTMB~
Apabila aku sampai di pekan cowboy@Dabong, aku kaku melihat pekan ini.. Pekan yang simple & agak mundur.. Untuk pengetahuan korang, Dabong ini terletak ditengah antara bandar Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.. Nak ke bandar-bandar tadi kalau naik kereta lebih kurang sejam suku perjalanan.. Korang bayangkan lah..

Stesen keretapi Dabong~
Member aku, Azizi datang ambik aku kat stesen keretapi Dabong ini.. Dia pun Assistant Manager di Estet Kuala Gris.. Aku terus dibawa ke estet, dari pekan Dabong nak ke estet aku ini lebih kurang 20 minit.. Memang aku terkejut dan fikir bolehkah aku bekerja di tempat macam ini.. Lagi menyedihkan bila line telefon pun tak ada kat estet aku, mana taknya dikelilingi pokok getah je.. Hahaha, sabor je lah.. Tapi aku kuatkan semangat untuk meneruskan perjuangan waktu itu.. Ditambah pula dengan sokongan keluarga dan kawan2, aku teruskan.. Keluasan Estet Kuala Gris ialah 2,429 hektar.. Semuanya dipenuhi pokok2 getah.. 

Estet Kuala Gris~
Scenery estet dari atas bukit~
Scenery Kg Kuala Gris & Sg Kelantan dari bukit estet aku~
Replanting field - Memang hitam lah kalau tiap2 hari bekerja kat sini~
Rumah aku dulu.. Memang horror~
Kelebihan bekerja di kawasan pedalaman or hulu ini, memang jimat lah.. Boleh saving kaw2 punya.. Bayangkan lah aku hanya spend RM 8-10 untuk makan satu hari, termasuk breakfast + lunch + dinner.. Kalau masak lagi jimat.. Kalau dibandingkan dengan kos hidup di KL now, memang jauh beza.. Cuma life memang bosan lah, siang malam mengadap pokok getah.. Nasib baik pokok getah tak boleh bercakap.. Hahaha.. 

Kerja di estet ini memang macam2 dugaan yang aku lalui.. Jumpa ular tedung, jumpa gajah, jumpa babi hutan dan macam2 lah.. Memang risiko tinggi.. Selain itu, kalau bekerja di estet ini, setiap hari kita akan belajar benda yang baru.. The most important thing that i've learned in the estate is how to control our staff & labour? Alamak speaking london lah pulak, mana taknya.. Estate culture memang kena speaking london, memang cabaran untuk aku lah sebab aku bukan power speaking2 ini.. Nak control manusia ni bukan senang.. Lagi2 local staff & labour, ore kelate lah katakan, memang debe lah.. Senang lagi control Bangla..

Benda yang aku memang suka ingat time bekerja kat estet ini ialah time nak bayar gaji.. Payment in cash beb, yelah mana korang nak cari ATM dalam estet tu kan? Hahaha.. Sekali payment memang ratus2 ribu lah.. Paling banyak kitaorang pernah bayar time nak raya, total amount dalam RM 400 - 450 ribu cash..

Kitaorang tengah main saidina.. Hahaha~
Kalau lah ini duit aku, kan best~
p/s: Seketul tu bernilai RM 50 ribu
2 beg yang penuh dengan duit, dah macam rompak bank tu~
Aku bekerja kat estet ini tak lama, lebih kurang 7 bulan.. Now aku dah bekerja di KL, as government servant.. Alhamdulillah aku bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan pada aku.. Apa2 pun aku memang menghargai pengalaman aku bekerja di Estet Kuala Gris ini even tak lama.. Tapi sehari di estet terasa lama wooo..

Gambar kenangan aku bersama Team Kuala Gris Estate~
Belajar tiada pengakhiran, maksudnya hidup kita ini sentiasa perlu belajar dan terus belajar.. InsyaAllah aku berdoa kepadaNya supaya segala dugaan yang aku tempuhi dan bakal lalui dipermudahkan laluannya.. Setakat ini saja ceritaku kali ini.. Jumpa lagi ye semua.. Bye~



Monday 14 March 2011

Tesco Walk for Kids 2011~

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Bersamaan 13 Mac 2011 berlangsungnya Tesco Walk for Kids 2011 di Putrajaya Water Sports Complex, Precint 6.. Ini first time aku join program-program seumpamanya.. Aku join pun kawan aku yang tolong register semua.. Yang aku tau aku bayar RM 10 untuk registration.. Hahaha..

Program ini start pukul 8.00 pagi, kena pulak hari Ahad.. Kena bangun awal dan korbankan waktu tidur aku yang hanya boleh dinikmati pada hujung minggu.. Anyway, aku kuatkan semangat untuk bersama-sama menjayakan program ini, tambahan dengan sokongan rakan-rakan sekolah lama aku..

Sebelum terlupa, program Tesco Walk for Kids adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi mendirikan sebuah rumah perlindungan kanak2 jalanan yang dinamakan Rumah Nur Salam di kawasan Chow Kit..

Okay, kembali kepada cerita aku tadi.. Seawal jam 6.20 pagi aku dah bangun, then terus bersiap2 ke lokasi program di Putrajaya dari Ampang.. Aku agak terlewat sebab aku sampai lebih kurang jam 7.30 pagi.. Memang ramai orang yang hadir, aku bangga menjadi salah seorang daripada mereka.. =P

Warming up dulu before walk~
T-shirt free, design not bad.. Boleh jadikan kenangan~
Tepat jam 8.00 pagi, urusetia melepaskan peserta-peserta.. memang excited even tak dapat hadiah pun.. Hahaha.. First time lah katakan.. Berjalan sejauh 4.5 KM, tak ada lah jauh sangat.. Ingatkan boleh usha aweks2, tapi tak ada yang cun & menarik perhatian pun.. =(  Tak kisah lah, dapat tengok scenery pagi di Putrajaya Lakeside yang indah dah memadai.. Bak kata Diyana, rasa macam kat oversea.. Hahaha..

Jay, Farid, Sue & Diyana yang semangat terlebih~
Dah nama pun Walk Program, berjalan je la.. =P
Bergambar sebentar dengan mereka~
Sempat lak posing.. Hahaha~
Best jugak sekali-sekala join program macam ini, disamping dapat beramal, dapat makan breakfast free, dapat menikmati scenery yang indah plus menyihatkan badan.. 4 in 1, okay lah tu kan? Apa2 pun aku enjoy join program ini..

Alhamdulillah, kami semua dapat menamatkan berjalan sejauh 4.5 KM, berpeluh jugak lah.. Sampai di garisan penamat, urusetia terus bagi sijil & kupon goodies.. Then, dapat breakfast free, kenyang beb.. Minum milo plus makan nestle fitness cereals with low fat milk.. Memang pakej sihat lah..

Yeah2, bukti kami berjaya sampai di garisan penamat~
Goodies from Tesco~
Okay la, sampai di sini saja ceritaku buat kali ini.. Semoga anda semua dapat bersama-sama join program seumpamanya pada masa akan datang.. Bye~

Note: Thanks to Farid, Sue, Apo, Diyana & Jay~