Wednesday, 16 March 2011

Pengalaman Bekerja di Hulu Kelantan~

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..
Peta kedudukan Dabong di Kelantan~

Teringat aku pada zaman bekerja di estet suatu ketika dahulu.. Kuala Gris? Dabong? Korang tahu ke kat mana tu? Hahaha.. Kebanyakan orang yang aku tanya, memang tak tahu.. Mana tak tahunya memang hulu kot, Kuala Gris terletak di daerah Dabong, jajahan Kuala Krai, Kelantan.. Tengok sendiri kat peta sebelah ini..

Untuk pengetahuan korang, after aku habis study kat UPM Kampus Bintulu, Sarawak pada Mei 2008, aku terus cari kerja.. Aku sempat menganggur sebulan lebih je.. Bulan Jun 2008 aku dapat kerja dengan company Kuala Lumpur Kepong Berhad, as Assistant Manager.. Tapi aku memang bersyukur denganNya, aku dimurahkan rezeki untuk senang dapat kerja.. Alhamdulillah..

Okay, kembali pada cerita tadi.. Aku pun bertekad untuk bekerja dengan baik dan rajin.. Semangat baru lah katakan.. Even dalam interview, interviewer tanya aku sanggup bekerja di Kelantan ke tak? Aku pun dengan bangga menjawab saya sanggup.. Ambik ko, memang company posting aku kat Kelantan lah, Hulu Kelantan lagi.. Hahaha.. =P

Aku bertolak ke Dabong dengan menaiki keretapi KTMB bertolak dari KL.. Perjalanan KL ke Dabong mengambil masa lebih kurang 12 jam, bertolak jam 8 malam & sampai jam 8 pagi keesokan harinya.. Adventure tak? Hahaha.. Memang sabor je lah..

Keadaan sleeping coach, Wau Express, KTMB~
Apabila aku sampai di pekan cowboy@Dabong, aku kaku melihat pekan ini.. Pekan yang simple & agak mundur.. Untuk pengetahuan korang, Dabong ini terletak ditengah antara bandar Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.. Nak ke bandar-bandar tadi kalau naik kereta lebih kurang sejam suku perjalanan.. Korang bayangkan lah..

Stesen keretapi Dabong~
Member aku, Azizi datang ambik aku kat stesen keretapi Dabong ini.. Dia pun Assistant Manager di Estet Kuala Gris.. Aku terus dibawa ke estet, dari pekan Dabong nak ke estet aku ini lebih kurang 20 minit.. Memang aku terkejut dan fikir bolehkah aku bekerja di tempat macam ini.. Lagi menyedihkan bila line telefon pun tak ada kat estet aku, mana taknya dikelilingi pokok getah je.. Hahaha, sabor je lah.. Tapi aku kuatkan semangat untuk meneruskan perjuangan waktu itu.. Ditambah pula dengan sokongan keluarga dan kawan2, aku teruskan.. Keluasan Estet Kuala Gris ialah 2,429 hektar.. Semuanya dipenuhi pokok2 getah.. 

Estet Kuala Gris~
Scenery estet dari atas bukit~
Scenery Kg Kuala Gris & Sg Kelantan dari bukit estet aku~
Replanting field - Memang hitam lah kalau tiap2 hari bekerja kat sini~
Rumah aku dulu.. Memang horror~
Kelebihan bekerja di kawasan pedalaman or hulu ini, memang jimat lah.. Boleh saving kaw2 punya.. Bayangkan lah aku hanya spend RM 8-10 untuk makan satu hari, termasuk breakfast + lunch + dinner.. Kalau masak lagi jimat.. Kalau dibandingkan dengan kos hidup di KL now, memang jauh beza.. Cuma life memang bosan lah, siang malam mengadap pokok getah.. Nasib baik pokok getah tak boleh bercakap.. Hahaha.. 

Kerja di estet ini memang macam2 dugaan yang aku lalui.. Jumpa ular tedung, jumpa gajah, jumpa babi hutan dan macam2 lah.. Memang risiko tinggi.. Selain itu, kalau bekerja di estet ini, setiap hari kita akan belajar benda yang baru.. The most important thing that i've learned in the estate is how to control our staff & labour? Alamak speaking london lah pulak, mana taknya.. Estate culture memang kena speaking london, memang cabaran untuk aku lah sebab aku bukan power speaking2 ini.. Nak control manusia ni bukan senang.. Lagi2 local staff & labour, ore kelate lah katakan, memang debe lah.. Senang lagi control Bangla..

Benda yang aku memang suka ingat time bekerja kat estet ini ialah time nak bayar gaji.. Payment in cash beb, yelah mana korang nak cari ATM dalam estet tu kan? Hahaha.. Sekali payment memang ratus2 ribu lah.. Paling banyak kitaorang pernah bayar time nak raya, total amount dalam RM 400 - 450 ribu cash..

Kitaorang tengah main saidina.. Hahaha~
Kalau lah ini duit aku, kan best~
p/s: Seketul tu bernilai RM 50 ribu
2 beg yang penuh dengan duit, dah macam rompak bank tu~
Aku bekerja kat estet ini tak lama, lebih kurang 7 bulan.. Now aku dah bekerja di KL, as government servant.. Alhamdulillah aku bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan pada aku.. Apa2 pun aku memang menghargai pengalaman aku bekerja di Estet Kuala Gris ini even tak lama.. Tapi sehari di estet terasa lama wooo..

Gambar kenangan aku bersama Team Kuala Gris Estate~
Belajar tiada pengakhiran, maksudnya hidup kita ini sentiasa perlu belajar dan terus belajar.. InsyaAllah aku berdoa kepadaNya supaya segala dugaan yang aku tempuhi dan bakal lalui dipermudahkan laluannya.. Setakat ini saja ceritaku kali ini.. Jumpa lagi ye semua.. Bye~



2 comments:

  1. Terbaik lah nukilan Tuan Opie ,,,"awesome story",,,,

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete