Sejak2 akhir ini banyak blog yang aku lihat, tapi sekadar membaca dan mengikut.. Banyak yang aku dengar tentang blog ini.. Ada yang baik dan ada yang buruk.. Yang aku ingin tegaskan di sini ialah semua bloggers mempunyai hak masing2 untuk berkata apa saja yang mereka ingin katakan.. Tak kira lah artikel mengenai sukan, gosip artis, fesyen atau apa saja yang mereka fikir dan ingin beritahu kepada semua di dunia ini.. Aku tertarik dengan cara komunikasi melalui blog ini.. Banyak info dan maklumat yang aku boleh peroleh melalui blog2 yang terdapat di seluruh dunia ini.. Cuma yang membezakannya adalah cara penyampaian masing2.. Apa2 pun ikutlah cara masing2, hak untuk berkata adalah hak masing2.. Aku harap dengan permulaan langkah untuk aku berblogger ini dapat memberikan kebaikan kepada diri aku dan orang lain.. Assalamualaikum~
No comments:
Post a Comment